Hebat lah ko Willardz...
Sya msh newbie tuan...byk lagi mau blajar...
Apa2 pun TPP mmg teknik yg hebat...

Yes, tuan, banyak lagi yang perlu dipelajari dalam TPP ni. Ada beberapa rahsia dan tips dalam TPP. Kadang dalam kelas saya tidak teringat untuk memberitahu. Bagaimanapun, selain TPP, selebihnya ada pada diri masing2 - strategy, MM, psikologi, dll...
TPP adalah teknik yg saya gunakan sehingga kini. Jika anda semua memahami konsepnya, TPP bagi saya adalah sesuatu yang mengagumkan. Saya sendiri kadang seolah tidak mempercayainya, walaupun sudah bertahun saya gunakan teknik sendiri ini. Lihatlah pasaran sekarang ni. Sudah berbulan rasanya saya katakan kita akan berada dalam satu sideways/triangle yang agak besar, walaupun major trend still uptrend, tetapi, seperti saya katakan 2 bulan lepas, kita akan menghadapi satu sideways yang besar dan of course kerana ianya correction wave, maka kita akan melihat satu perjalanan yang sukar yang memerlukan strategy untuk menghadapinya.
2 BULAN lepas sudah saya katakan tentang apa yang berlaku sekarang. Jika TPP ini bukan satu teknik yang bagus, maka saya tidak dapat melihat pergerakan ini 2 bulan lepas. Malah, anda semua sudah melihat dan membaca bahawa saya katakan correction atau sideways ini belum habis...C belum kelihatan lagi, maka perhatian harus diberikan kerana minor downtrend boleh berlaku bila-bila. Ketika dan saat saya menulis thread ini, apa yang dikatakan itu sedang berlaku.
Saya menerima SMS, call dan skype dari beberapa orang TPP yang masih tidak meyakini bahawa GU, NU, AU dsbnya akan jatuh. Saya tetap katakan ia akan jatuh kerana itulah yang TPP berikan walaupun ada kenaikan sedikit, kemudian turun semula...ini tidak perlu dirisaukan kerana pasaran bergerak dalam bentuk zig-zag, malah minggu lepas saya katakan ia akan bersambung jatuh minggu ini dan ketika ini kita melihat untuk kesekian kalinya, bacaan TPP itu betul dan tepat...minggu ini kita melihat kesinambungan kejatuhan pair yang kita jangkakan...
Sebenarnya, kerisauan anda tersebut adalah punca kegagalan anda. Mulai dari hari ini, bagi anda semua, terapkan sikap rileks dan santai dalam trading. Percayai apa yang anda lihat dalam chart anda. Itulah kiraan anda menggunakan TPP. Inilah salah satu ramuan kejayaan saya sehingga kini.
Bagi yang mengikut prediction...tahniah!