Welcome,
Guest
. Please
login
or
register
.
September 06, 2010, 03:29:30 PM
Home
Forum
Gallery
Help
Calendar
Login
Register
fxprima.com
>
MALAY SECTION
>
Sembang Forex, Komoditi, Saham
>
MM-Volume
Pages: [
1
]
2
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: MM-Volume (Read 782 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
pipsrider
Administrator
Hero Member
Offline
Posts: 1128
Storm Rider now known as Pipsrider in forex
MM-Volume
«
on:
January 04, 2010, 01:21:30 AM »
Ni artikel yang aku tulis untuk rujukan anda semua. Harap di tahun 2010 ini trading anda akan lebih baik lagi. Aku harap korang semua terbuka minda dengan artikel ni....dan tiada lagi kesilapan dilakukan...
MM-Volume.pdf
(21.02 KB - downloaded 170 times.)
Logged
Pipsrider, The Owner of Penjejak Pips.
Buy Original Perfume :
http://www.jueperfume.com
RAS
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 9
Re: MM-Volume
«
Reply #1 on:
January 04, 2010, 05:51:59 AM »
Thanks, Pipsrider
Good article
Logged
pajey
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 8
Re: MM-Volume
«
Reply #2 on:
January 04, 2010, 09:06:30 AM »
Thank pipsrider...memang pun byk kali kena dah sebabkan MM ni....tamaks menguasai diri.....
Logged
GreensRider
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 3
Re: MM-Volume
«
Reply #3 on:
January 04, 2010, 03:05:35 PM »
Terima kasih di atas artikel yang diberikan. Cukup berguna pada saya yang masih newbies dalam bidang foex ni.
Logged
pipsrider
Administrator
Hero Member
Offline
Posts: 1128
Storm Rider now known as Pipsrider in forex
Re: MM-Volume
«
Reply #4 on:
January 04, 2010, 05:18:16 PM »
Terimakasih juga aku ucapkan kepada semua atas sokongan kepada TPP ni.
Semalam, aku & Naztreo ada berjumpa Vidal (Pemilik Forum Espresi) di pejabat beliau. Antara yang kami bincangkan ialah perancangan tahun 2010. Antara perancangan aku tahun 2010 ni ialah untuk memperkasakan psikologi, MM dan juga strategi geng TPP.
Aku rasakan bahawa amat perlu untuk aku dedahkan sedikit pengetahuan untuk dipraktikkan. Bukannya pengetahuan tentang TPP tetapi seperti yang aku katakan, iaitu benda 'selebihnya' tersebut. Banyak kelas, teknik dan pelbagai lagi ditawarkan dan muncul macam cendawan. Ini sebenarnya bagus sekali. Tetapi trading bukanlah 100% berdasarkan kepada ketepatan atau kehebatan sesuatu teknik atau sistem. Macam aku kata, ianya satu gabungan matematik, strategi, teknologi dan seni. Seolah-olah kita berperang, semuanya perlu belaka.
Dalam perang contohnya, matematik diperlukan untuk mengira kekuatan musuh, mengira jarak dan sebagainya. Trading juga memerlukan pengiraan matematik, samada untuk jarak, MM atau apa2 strategi. Strategi pula diperlukan samada menggunakan udara atau laut contohnya atau seramai dan sebanyak mana unit udara, tanah dan lautan diperlukan, ini memberitahu kita dalam trading juga kita perlukan berapa banyak margin, volume dan sebagainya. Teknologi juga juga kita perlukan di mana dalam hal ini teknologi merupakan sistem, teknik atau indikator. Seni pula amat diperlukan...dalam peperangan, seni mempertahankan diri amat penting bagi setiap prajurit. Seni dalam trading juga diperlukan di mana kita harus memikirkan segala risiko, cara mempertahankan diri, menggunakan fikiran, dan sebagainya.
Jika anda semua melihat keadaan ini, amat jelas sebenarnya teknik, indi atau sistem bukanlah 100% membantu. Aku tak hairan kalau anda semua pergi kelas mana-mana pun, anda akan gagal juga. Kerana, anda cuma mempelajari suku dari apa yang diperlukan dalam trading. Berilah berapa banyak pun wang, akan habis juga tanpa hasil. Aku tahu dan kenal beberapa org trader yang trade berjuta USD tetapi akhirnya tinggal beberapa ribu USD sahaja. Silapnya kerana mereka ini memikirkan bahawa indikator atau teknik adalah 100% membantu. Jangan silap...
Aku juga sebenarnya rasa kecewa sedikit kerana terlalu nyata bahawa trader di Malaysia ini tidak bersedia sebelum memasuki alam trading. Mereka rasakan dengan hanya mengetahui indikator atau teknik mereka mampu untuk mendapatkan keuntungan. TRADING TIDAK SEMUDAH ITU. Juga mereka selalu memikirkan bahawa dengan signal mereka boleh mendapat keuntungan sedangkan pemberi signal tersebut memiliki strategi dan MM nya sendiri. Kerana itu sedikit kekecewaan yang aku rasakan apabila melihat senario seperti ini. Lihat sahaja forum FxPrima ini. Setiap artikel yang aku keluarkan hanya di lihat dan dibaca oleh sedikit orang sahaja. Tetapi, apabila chart prediction, contohnya Weekly Review yang cuma aku usahakan beberapa bulan lalu kini sudah tersenarai sebagai Top 10 dengan view yang cukup tinggi.
Sini aku melihat mengapa ramai trader Malaysia GAGAL! Kerana mereka lebih menyukai sesuatu yang datang bergolek tanpa memikirkan apa sebaliknya, I mean, strategi, MM dan juga psikologi disebalik signal dan prediction. Aku sedikit kecewa melihat begitu ramai org yang ghairah memberikan, menjual atau mengajar teknik, indikator dan sebagainya tanpa memberikan panduan disebalik teknik, indi dan sistem tersebut.
Oleh kerana itulah aku rasakan aku perlu bangkit dengan memberikan sedikit buah fikiran untuk anda fikirkan dan rancang trading anda dari hanya mengharapkan signal, prediction atau analysis. Ingat semua itu hanyalah SEBAHAGIAN dari trading.
Aku minta maaf juga jika ada yang terasa dengan artikel tu. Aku tau aku IB kepada FxPro...tetapi duit bukanlah sesuatu yang aku kejar. Jika aku mengejar duit, maka aku akan biarkan anda buka post sebanyak-banyaknya. Aku juga akan galakkan anda buka post yang memberikan pulangan yang besar. Tetapi itu bukanlah tujuan aku. Malah aku selalu kata, 'slow & steady'. Pelan-pelan, janji untung....jangan tamak. Kalau lepas kelas aku selalu kata, jangan terus trade, ambik masa sebulan, dua bulan, setengah tahun, dsbnya...jangan trade terus...aku juga selalu kata, jangan bukak banyak post, tengok margin. Jangan main pair ganas kalau tak cukup duit...semua tu aku pesan...kalau aku mengejar duit macam seorang mamat tu kata, aku dah lama suruh korang trade sebanyak2nya....aku trader seperti kamu, dan pengalaman serta analisis aku terhadap pasaran serta strategi, MM dan psikologi aku perturunkan sebaik2nya....
Hanya aku sedikit kecewa kerana artikel ini hanya di baca tak sampai pun 20 orang ketika aku menulis ni...tetapi Weekly Preview yang aku postkan pada masa yang sama dengan artikel ini sudah mencecah puluhan download! Nampaknya trader Malaysia ni masih belum mahu mempelajari ilmu trading....
Logged
Pipsrider, The Owner of Penjejak Pips.
Buy Original Perfume :
http://www.jueperfume.com
rieatie7782
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 10
Re: MM-Volume
«
Reply #5 on:
January 04, 2010, 07:39:33 PM »
Terima kasih banyak2 tuan dengan artikel tersebut.Saya akan jadikan satu panduan yang sangat2 berguna dan penting dalam trading kelak.
Logged
naztreo
Administrator
Full Member
Offline
Posts: 212
Re: MM-Volume
«
Reply #6 on:
January 04, 2010, 09:18:26 PM »
Quote from: pipsrider on January 04, 2010, 01:21:30 AM
Ni artikel yang aku tulis untuk rujukan anda semua. Harap di tahun 2010 ini trading anda akan lebih baik lagi. Aku harap korang semua terbuka minda dengan artikel ni....dan tiada lagi kesilapan dilakukan...
saya baru jer balik dr Hospital
coz anak2 masuk tahun baru ni
kena chicken pox pula.....
anyway baru jer rasa relax kepala
dari bebanan yang tak pernah henti....
dah baca apa yang bro pipsrider nyatakan.......
saya amat2 bersetuju dengan apa yg diwarwarkan
saya sendiri berpengalaman trade dalam pelbagai pair
serentak ......akhirnya jawabannya tetap sama
MC is still waiting at the end of the day
Personally, saya juga sentiasa menasihatkan
para trader...trade cukup dengan satu pair
pair yang lain pula jadikan sebagai petunjuk
Bagi geng TPP, tentu anda tahu tentang
pair corelation, jadikan teknik ni bagi anda
masuk/keluar sesuatu post.
ini merupakan disiplin kerana kalau kita
lalai. jawabannya semua dah tau...
anyway, moga tahun 2010 ni akan
bagi kita lebih disiplin dalam trading...
Good Luck to everyone.
Logged
RAS
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 9
Re: MM-Volume
«
Reply #7 on:
January 05, 2010, 06:59:14 AM »
Quote from: pipsrider on January 04, 2010, 05:18:16 PM
Terimakasih juga aku ucapkan kepada semua atas sokongan kepada TPP ni.
Semalam, aku & Naztreo ada berjumpa Vidal (Pemilik Forum Espresi) di pejabat beliau. Antara yang kami bincangkan ialah perancangan tahun 2010. Antara perancangan aku tahun 2010 ni ialah untuk memperkasakan psikologi, MM dan juga strategi geng TPP.
Aku rasakan bahawa amat perlu untuk aku dedahkan sedikit pengetahuan untuk dipraktikkan. Bukannya pengetahuan tentang TPP tetapi seperti yang aku katakan, iaitu benda 'selebihnya' tersebut. Banyak kelas, teknik dan pelbagai lagi ditawarkan dan muncul macam cendawan. Ini sebenarnya bagus sekali. Tetapi trading bukanlah 100% berdasarkan kepada ketepatan atau kehebatan sesuatu teknik atau sistem. Macam aku kata, ianya satu gabungan matematik, strategi, teknologi dan seni. Seolah-olah kita berperang, semuanya perlu belaka.
Dalam perang contohnya, matematik diperlukan untuk mengira kekuatan musuh, mengira jarak dan sebagainya. Trading juga memerlukan pengiraan matematik, samada untuk jarak, MM atau apa2 strategi. Strategi pula diperlukan samada menggunakan udara atau laut contohnya atau seramai dan sebanyak mana unit udara, tanah dan lautan diperlukan, ini memberitahu kita dalam trading juga kita perlukan berapa banyak margin, volume dan sebagainya. Teknologi juga juga kita perlukan di mana dalam hal ini teknologi merupakan sistem, teknik atau indikator. Seni pula amat diperlukan...dalam peperangan, seni mempertahankan diri amat penting bagi setiap prajurit. Seni dalam trading juga diperlukan di mana kita harus memikirkan segala risiko, cara mempertahankan diri, menggunakan fikiran, dan sebagainya.
Jika anda semua melihat keadaan ini, amat jelas sebenarnya teknik, indi atau sistem bukanlah 100% membantu. Aku tak hairan kalau anda semua pergi kelas mana-mana pun, anda akan gagal juga. Kerana, anda cuma mempelajari suku dari apa yang diperlukan dalam trading. Berilah berapa banyak pun wang, akan habis juga tanpa hasil. Aku tahu dan kenal beberapa org trader yang trade berjuta USD tetapi akhirnya tinggal beberapa ribu USD sahaja. Silapnya kerana mereka ini memikirkan bahawa indikator atau teknik adalah 100% membantu. Jangan silap...
Aku juga sebenarnya rasa kecewa sedikit kerana terlalu nyata bahawa trader di Malaysia ini tidak bersedia sebelum memasuki alam trading. Mereka rasakan dengan hanya mengetahui indikator atau teknik mereka mampu untuk mendapatkan keuntungan. TRADING TIDAK SEMUDAH ITU. Juga mereka selalu memikirkan bahawa dengan signal mereka boleh mendapat keuntungan sedangkan pemberi signal tersebut memiliki strategi dan MM nya sendiri. Kerana itu sedikit kekecewaan yang aku rasakan apabila melihat senario seperti ini. Lihat sahaja forum FxPrima ini. Setiap artikel yang aku keluarkan hanya di lihat dan dibaca oleh sedikit orang sahaja. Tetapi, apabila chart prediction, contohnya Weekly Review yang cuma aku usahakan beberapa bulan lalu kini sudah tersenarai sebagai Top 10 dengan view yang cukup tinggi.
Sini aku melihat mengapa ramai trader Malaysia GAGAL! Kerana mereka lebih menyukai sesuatu yang datang bergolek tanpa memikirkan apa sebaliknya, I mean, strategi, MM dan juga psikologi disebalik signal dan prediction. Aku sedikit kecewa melihat begitu ramai org yang ghairah memberikan, menjual atau mengajar teknik, indikator dan sebagainya tanpa memberikan panduan disebalik teknik, indi dan sistem tersebut.
Oleh kerana itulah aku rasakan aku perlu bangkit dengan memberikan sedikit buah fikiran untuk anda fikirkan dan rancang trading anda dari hanya mengharapkan signal, prediction atau analysis. Ingat semua itu hanyalah SEBAHAGIAN dari trading.
Aku minta maaf juga jika ada yang terasa dengan artikel tu. Aku tau aku IB kepada FxPro...tetapi duit bukanlah sesuatu yang aku kejar. Jika aku mengejar duit, maka aku akan biarkan anda buka post sebanyak-banyaknya. Aku juga akan galakkan anda buka post yang memberikan pulangan yang besar. Tetapi itu bukanlah tujuan aku. Malah aku selalu kata, 'slow & steady'. Pelan-pelan, janji untung....jangan tamak. Kalau lepas kelas aku selalu kata, jangan terus trade, ambik masa sebulan, dua bulan, setengah tahun, dsbnya...jangan trade terus...aku juga selalu kata, jangan bukak banyak post, tengok margin. Jangan main pair ganas kalau tak cukup duit...semua tu aku pesan...kalau aku mengejar duit macam seorang mamat tu kata, aku dah lama suruh korang trade sebanyak2nya....aku trader seperti kamu, dan pengalaman serta analisis aku terhadap pasaran serta strategi, MM dan psikologi aku perturunkan sebaik2nya....
Hanya aku sedikit kecewa kerana artikel ini hanya di baca tak sampai pun 20 orang ketika aku menulis ni...tetapi Weekly Preview yang aku postkan pada masa yang sama dengan artikel ini sudah mencecah puluhan download! Nampaknya trader Malaysia ni masih belum mahu mempelajari ilmu trading....
Salam....
Khas buat Pipsrider, Naztreo, Gurkah
Terimakasih yang tak terhingga kepada kalian diatas segala usaha yang telah dicurahkan kepada kami selama ini , apatah lagi diatas kesudian kalian berkongsi rahasia, berkongsi pendekatan, berkongsi strategi. Sesungguhnya kami amat mengerti bahawa kalian ingin melihat kejayaan kami. Semoga impian murni ini akan menjadi kenyataan. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan kalian, semoga kita semua diberikan kekuatan olehNya untuk terus berusaha menyelongkar rahasia kejayaan dalam dalam dunia trading yang amat mencabar kekuatan psikologi dan disiplin diri ini.
TQ.
Logged
labuanese
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 10
Re: MM-Volume
«
Reply #8 on:
January 05, 2010, 11:50:02 AM »
Salam semua...
Artikel yg bernas dan bermakna. Sememangnya untuk menjadi seorang trader yang berjaya memerlukan pelbagai gabungan ilmu dan teknik, kerana kita trade bukan untuk sehari dua tetapi selama yg boleh. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan kita harus sentiasa mengkaji dan berfikir. Semakin banyak ilmu kita maka semakin mudahlah kita membuat keputusan.
Ada orang yg ingin mendapatkan jalan mudah kononnya utk mengautkan keuntungan yg segera, tapi berapa lama boleh bertahan itulah persoalannya. Dan selalunya jalan yg payah itu ada pasti kejayaan dihujungnya... Yang penting, kita perlu TAHU apa yg kita lakukan, buat setakat ikut-ikutan...
Sekadar pandangan... Terima kasih buat Pipsrider, Naztreo dan kawan2 atas panduan dan dorongan selama ini.
Logged
~ Labuanese ~
Team Penjejak Pips Labuan
skype : labuanese
zumosafx
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 35
Re: MM-Volume
«
Reply #9 on:
January 05, 2010, 07:30:51 PM »
Salam,
Artikel ni memang kena atas kepala aku tong-tong-tong....
hinggakan utk tempoh terdekat kena cuti kejap cari modal lain.. u knew how much I dah spent for fx kan....
tapi tak putus asa.. ada kesempatan nak pi attend training semula ... kena buat post mortem
my pure weakness kat MM & sikologi tu la
Thank you.
Logged
G2 Strategy
Newbie
Offline
Posts: 1
Re: MM-Volume
«
Reply #10 on:
January 06, 2010, 11:57:18 AM »
Quote from: rieatie7782 on January 04, 2010, 07:39:33 PM
Terima kasih banyak2 tuan dengan artikel tersebut.Saya akan jadikan satu panduan yang sangat2 berguna dan penting dalam trading kelak.
Walaupun jadikan satu panduan yang tidak disusuli dengan disiplin yang kukuh.. bergoyang juga tu. MC pun akan datang menjengah. Percayalah.
Bagi aku, sememangnya utnuk terus KEKAL dalam dunia Forex secara berkesan, amalan TEKAL mampu menghasilkan pulangan yang di luar dugaan. Yang pentig, kita kena tahu setiap OP yang dibuka. Kenapa dan mengapa...jika kita sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa OP di buka..jenuh le....
BACK TO BASIC ... SUPPORT & RESISTANT..
Logged
rieatie7782
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 10
Re: MM-Volume
«
Reply #11 on:
January 06, 2010, 01:53:24 PM »
Quote from: G2 Strategy on January 06, 2010, 11:57:18 AM

Terima kasih dengan peringatan tersebut.Saya masih baru dalam bisnes ni.Banyak benda/perkara yang saya perlu pelajari.Alhamdulillah,dengan tunjuk ajar Tn.Pipsrider dan Tn.Naztreo serta tidak lupa Tn.Gurkha,sedikit sebanyak saya dah dapat apa yang saya nda pernah dapat selama ini...Tq bnyk2 buat kalian..Psikologi,MM dan Disiplin dalam trading sangat2 penting...Btul kata Tn.Pipsrider,biar kita trade cara "slow n Steady"..biar sikit2..jangan tamak...trade tanpa tekanan..Dan,mengenai OP/PO..Geng TPP sememangnya dah tau..d mana nak entry dan exit...
Logged
pipsrider
Administrator
Hero Member
Offline
Posts: 1128
Storm Rider now known as Pipsrider in forex
Re: MM-Volume
«
Reply #12 on:
January 06, 2010, 02:39:16 PM »
Quote from: rieatie7782 on January 06, 2010, 01:53:24 PM
Quote from: G2 Strategy on January 06, 2010, 11:57:18 AM
Quote from: rieatie7782 on January 04, 2010, 07:39:33 PM
Terima kasih banyak2 tuan dengan artikel tersebut.Saya akan jadikan satu panduan yang sangat2 berguna dan penting dalam trading kelak.
Walaupun jadikan satu panduan yang tidak disusuli dengan disiplin yang kukuh.. bergoyang juga tu. MC pun akan datang menjengah. Percayalah.
Bagi aku, sememangnya utnuk terus KEKAL dalam dunia Forex secara berkesan, amalan TEKAL mampu menghasilkan pulangan yang di luar dugaan. Yang pentig, kita kena tahu setiap OP yang dibuka. Kenapa dan mengapa...jika kita sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa OP di buka..jenuh le....
BACK TO BASIC ... SUPPORT & RESISTANT..
Terima kasih dengan peringatan tersebut.Saya masih baru dalam bisnes ni.Banyak benda/perkara yang saya perlu pelajari.Alhamdulillah,dengan tunjuk ajar Tn.Pipsrider dan Tn.Naztreo serta tidak lupa Tn.Gurkha,sedikit sebanyak saya dah dapat apa yang saya nda pernah dapat selama ini...Tq bnyk2 buat kalian..Psikologi,MM dan Disiplin dalam trading sangat2 penting...Btul kata Tn.Pipsrider,biar kita trade cara "slow n Steady"..biar sikit2..jangan tamak...trade tanpa tekanan..Dan,mengenai OP/PO..Geng TPP sememangnya dah tau..d mana nak entry dan exit...
Mungkin G2 tidak membaca artikel tu...sebenarnya, biar aku terus terang, disiplin yg kukuh sebenarnya subjective dan ada yg membantu dan tidak membantu. Aku kurang percaya pada disiplin ni, kerana market bersifat universal. Tetapi mungkin ada disiplin yang boleh digunapakai. Aku beri contoh, jika anda mendisiplinkan diri untuk trading setiap petang atau malam, katalah setiap pukul 2.00 ptg - 10.00mlm mcm kebanyakan orang, ia bukan satu disiplin yang baik kerana market tidak menentu dan market tidak menunggu anda pun. Ini yang mengakibatkan ramai kecundang kerana disiplin yg lahir tanpa ada analisis sebelumnya, berdasarkan apa disiplin itu di buat. Aku beri contoh lagi, mendisiplinkan diri dengan menggandakan volume dalam gandaan 0.1 setiap kali untung juga bukan disiplin yang baik tanpa menganalisis average movement setiap pair dan juga menganalisis kekuatan capital margin. Itu hanya sebahagian disiplin yg aku sebutkan yang tidaklah menyumbang malah boleh menjahanamkan.
Tetapi jika anda mendisiplinkan psikologi dengan menahan diri dari tamak, mungkin sesuatu yang baik untuk trading. Jadi dalam hal ini, aku kurang mempercayai disiplin. Yang lebih aku percaya ialah fakta dan pengiraan. Maknanya analisis. Salah satunya ialah analisis average movement per day untuk setiap pair macam yang aku beritahu dalam artikel tersebut. Jadi, aku lebih kepada analisis dahulu kemudian baru melihat samada patut dibuat sebagai disiplin ataupun tidak. Analisis lebih penting di sini yang mana analisis yang menentukan disiplin. Aku sendiri takde disiplin yang aku ikut...
Maka itu, yang paling penting ialah ARAH dan seterusnya ialah MM, Strategi dan Psikologi...bila kita tahu arah pasaran, seterusnya yang perlu ialah analisis kepada MM dan startegy kita. Psikologi datang kemudian. Jika anda membina disiplin katalah dengan 20 pips dan volume 0.5 setiapkali tradepun tidak berguna dan akan MC sekiranya anda tidak mampu menganalisis MM dan strategi yg digunakan. Disiplin adalah tetap, manakala dalam trading, pergerakan adalah universal dan subjektif. Maka itu, disiplin adalah kurang di sini, tetapi strategi dan juga MM akan berbeza-beza dan tidak tetap. Aku tekankan di sini, akibat melulu mengikut disiplin yang ditetapkan sendirilah ramai trader kecundang. Dari segi pair juga tidak seharusnya anda menggunakan disiplin yang sama. Ini kerana pair berlainan akan memberikan strategi dan MM yang berlainan. Oleh itu jika anda tetapkan disiplin, anda akan mengabaikan MM dan strategi ini yang akan membinasakan diri sendiri. Analisis adalah yang terbaik. Bukan sahaja kepada analisis arah pasaran tetapi analisis margin, average pergerakan pasaran, pair dan juga strategi sendiri.
Berkenaan PO/OP, macam Rieatie kata, kami memang tahu di mana kami letakkan PO...sebab kami tahu ke mana arahnya. Kami juga tidak menggunakan indikator. FxPrima adalah komuniti TPP dan EW. Kami juga ada senjata untuk menganggar jarak pergerakan pasaran. Maka itu, aku tidak risau tentang itu. Yang aku risaukan ialah MM, strategi dan psikologi...
Harap G2 baca artikel dan fahami sebaiknya...
Logged
Pipsrider, The Owner of Penjejak Pips.
Buy Original Perfume :
http://www.jueperfume.com
Gurka_M16
Penjejak Pips Representatives
Jr. Member
Offline
Posts: 53
Re: MM-Volume
«
Reply #13 on:
January 06, 2010, 10:51:16 PM »
salam tuanku,,,,,
Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih bebanyak pada bro pipsrider n naztreo yang terlalu banyak mengajar tentang ilmu memorex disamping ilmu-ilmu hitam yang lain (jika ada),,,,,3 tahun lepas, terlalu sukar bagi aku untuk mengumpul pips sehinggakan 2 minggu hanya mendapat 5 pips sahaja,,,,sekarang angka itu dapat ditingkatkan dari masa kesemasa,,,,,syukur kerana TPP telah banyak mengajar aku tentang Teknik,MM psiko dan lain-lain,,,,
Apa yang bro pipsrider ceritakan tu bagi aku adalah tepat,betul dan ada kelogikannya walaupun aku tahu dia kuat bermain,,,tak kisahlah main gitar,main congkak atau main-main,,,,,tapi cuba perhatikan disebalik kata-kata atau perbuatan beliau,,,,,kenapa dia tak diamkan saja benda tu,,,,kenapa TPP di berikan kepada orang lain,,,,kenapa beliau bagi weekly preview free,apatah lagi signal daily,,,,kenapa dia tak diamkan saja n kaya sorang-sorang,,,,adakah kerana duit,,,adakah kerana nama,,,atau adakah kerana PM yang suruh dia buat semua benda yang menyusahkan dan menyibukan diri dia ni,,,,
Jawapannya mudah saja,,,,,bukan disebabkan jiran dia tapi disebabkan dia jugak ingin melihat trader di malaysia ini maju dan tidak mudah kecundang di papan forex,,,,,,dan aku menyokong 100% usaha ini AGAR forex dapat di berikan kelulusan atau lesen atau seangkatan dengannya dan kita bertambah ilmu serta berkongsi kekayaan tanpa menyusahkan jiran atau datuk nenek kita,,,,,
Akibat mengambil remeh apa yang telah diceritakan oleh pipsrider tu,,,,,,maka trader boleh gagal dan mulalah trader tu menyalahkan forex dan berkata forex tipu, forex dikawal oleh orang itu dan ini,,,,dan macam-macam lagi tomahan terhadap forex,,,,akibatnya kita yang betul-betul serius dengan forex seperti tersepit dibawah ketiak,,,,
Aku cuba baca dan fahamkan isi kandungan cerita dan pengalaman pipsrider tu,,,,bukan untuk orang lain tetapi untuk aku sebenarnya,,,,,aku jugak masih dalam proses pembelajaran,,,,,dan selama aku bergiat dalam dunia forex ni tidak ramai yang menjadikan forex sebagai pusat ilmu tetapi yang menjadikan forex sebagai pusat beli belah (ada duit beli tiada duit belah),,,,itulah makanya jika ada weekly preview keluar ramai yang mendownload,cuba buat cerita tentang trade forex, aku rasa susah orang nak download,sanggup lagi diorang download mp3 siti atau inol yang tak mendatangkan duit,,,,
Apa-apa pun "trade like a pro" walaupun baru belajar,,,,tak semestinya dah hebat baru pro,,,,tapi jika ada kesungguhan dan ingin menambah ilmu didada dan ada peningkatan maka itulah pro sebenar,,,,
Logged
YM Gurka_M16
Skype Gurka_M16
Jom Meriahkan
http://sarawakfx.fxprima.com/index.php
Mari Join Jugak ke
http://www.sabahforex.com/forum.htm
teLaGa_zAm-zAm
Team Penjejak Pips
Newbie
Offline
Posts: 13
Re: MM-Volume
«
Reply #14 on:
January 07, 2010, 08:26:41 PM »
[
i]
Salam
Dalam perniagaan sudah semestinya kita mempunyai matlamat..pastinya kita tidak mahu perniagaan kita mengalami kerugian (nya urang kitani bagulung tikar).Paling penting ialah bagaimana kita mengurus kewangan serta mengatur strategi agar perniagaan kita bertambah maju setapak demi setapak,dari kecil-kecilan sehinggalah menjadi besar-besaran.Dari sinilah kita belajar bagaimana pahit manis di dalam dunia perniagaan.
Memilih perniagaan forex juga sama seperti yang Pipsrider,Naztreo,Gurka dan kawan2 TPP katakan di atas."PENGALAMAN" mengajar segala-galanya......tentu kawan2 juga mempunyai pengalaman yang pahit dan manis dan boleh dijadikan sejarah trading kita tersendiri di dalam dunia forex yang serba mencabar.Mana yang boleh kita lakukan mana yang tidak.
Sangat setuju....Salah satu kunci kejayaan sesuatu perniagaan ialah MM.Termasuk perniagaan Forex..Bah biar untung sikit2 yang penting perniagaan kita boleh bertahan lama dan stabil..
Wasalam
[/i]
Logged
memorex
Pages: [
1
]
2
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
FXPRIMA UPDATE
-----------------------------
=> Announcement
=> FxPrima & FxPro Q&A
=> Result & Testimonial
-----------------------------
PRIVATE AREA (TEAM PENJEJAK PIPS ONLY)
-----------------------------
=> Private Area Update
-----------------------------
ENGLISH SECTION (International Members)
-----------------------------
=> Update
===> Minor Currency Talk
=> Forex, Stock, Metal & Commodities Talk
===> Trading Poll
=> Market Commentary
-----------------------------
MALAY SECTION
-----------------------------
=> Update
=> Aktiviti Team Penjejak PIPS
===> Event / Acara TPP
=> Program Mentor Penjejak Pips
=> Sembang Forex, Komoditi, Saham
-----------------------------
ABPrime Members Section
-----------------------------
=> Update
=> ABPrime Q&A
=> Produk Pembelajaran Anak
=> Peluang Perniagaan
-----------------------------
GENERAL CATEGORY
-----------------------------
=> Update
=> News, Ebook, Tools, etc
=> Gallery
Loading...